Kelas Online Asas Perniagaan dan Perkongsian Perniagaan
28 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Online ini merupakan kelas yang pertama kali dianjurkan oleh Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh selepas pembukaan semula pusat internet setelah ditutup ekoran pendemik Covid-19. Seramai tiga orang peserta wanita yang terdiri daripada surirumah yang melakukan perniagaan secara separuh masa terlibat dalam kelas online ini.
Peserta di beri taklimat ringkas berkaitan asas perniagaan atas talian dan insentif kerajaan kepada usahawan untuk mendepani situasi ekonomi yang suram pasca Covid-19. Peserta juga diberi peluang berkongsi berkenaan perniagaan yang dijalankan. Kelas online ini berjalan selama dua jam.
Kelas online ini sepatutnya dijalankan memggunakan aplikasi lain yang boleh disertai oleh ramai peserta, tetapi kekangan pengetahuan berkenaan aplikasi lain selain Whatapps oleh kebanyakan peserta menyebabkan kelas hanya dijalankan menggunakan aplikasi Whatapps video sahaja. Segelintir peserta juga berdepan dengan capaian internet yang perlahan menyebabkan mereka tidak dapat menyertai kelas yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: